Thursday, March 10, 2016

The Missing Piece 1: Fatimah Busu

The Missing Piece 1 ; Fatimah Busu
The Missing Piece 1 ; Fatimah Busu
The Missing Piece secara mutlaknya dalam bahasa Melayu, hanya judulnya sahaja dalam bahasa Inggeris, yang dipetik daripada novel karya Kamala Markandaya, Nectar In Seive (1995).
I picked up the fragments of my life and put them together, all but the missing piece," (halaman 89)

Sinopsis;

Waktu ini matahari sudah naik tersembul di permukaan laut dengan warna merah menyala-nyala bulat seperti sebuah bola api yang maha besar. Dan persekitaran laut di bawahnya menjadi kemerahan berkelip-kelip. Bersemarak di dalam riak yang perlahan-lahan, Aku pandang pada muka Charlie. Wajahnya kekuningan oleh sinar matahari.  Charlie seperti tidak mengindahkan pandanganku dan seperti memusatkan perhatiannya kepada matahari yang naik dengan sangat perlahan menjauh dari permukaan laut. Dia seperti sengaja membiarkan aku memandang wajahnya.

Aku terus juga memerhati wajah Charlie dari samping. Aku tahu yang dia dapat rasakan aku sedang memerhati wajahnya. Dan aku tahu juga yang dia pura-pura tidak menyedari akan tenungan mataku. Aku tahu juga yang dia sedar bahawa aku sedang menganalisis, sedang membaca isyarat yang diberikannya. Dan aku tahu bahawa Charlie sengaja membiarkan aku membuat penganalisisan akan isyarat itu. Bahawa isteri orang yang dicintainya itu adalah diriku sendiri. Bahawa perempuan yang cuba dilupakannya itu ialah diriku sendiri. Bahawa perempuan yang sedang menggoda hidupnya sekarang adalah diriku sendiri! Perempuan itu sebenarnya diriku! Benarkah perempuan itu diriku sendiri? Kalau benar perempuan itu diriku sendiri, mengapa dia mesti datang ke sini dan menerima jemputanku semata-mata untuk menyakiti dan mendera hatinya sendiri? Mengapa? Apakah Charlie benar-benar memberikan isyarat yang tegas kepadaku?

Maklumat Buku
The Missing Piece 1
Penulis: Fatimah Busu
Penerbit: Citra Kurnia Enterprise, 2008
ISBN: 9789834146979
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM60.00
Harga Kini : RM20.00

Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

2 comments: