Kata orang, berpisah dengan orang yang disayangi amat terasa kesannya. Paling jelas dirasai ialah kesepian. Kesepian terasa ada di mana-mana. Di luar, malah di dalam diri juga. Jiwa terasa hampa. Malah, apa sahaja yang dilakukan seperti tidak kena belaka.
Itulah yang Mimi Atikah rasakan sejak pagi tadi membawalah ke malam. Sejak dia dan Marsitah menghantar Syarifah Munawirah di simpang dengan sebuah beg sederhana besar dan sejak Syarifah Munawirah melambai tangan dari bas Syarikat PBK, kesepian terasa menyelubungi jiwa.
Dia dan Marsitah terasa satu kehilangan. Walaupun Syarifah Munawirah berjanji akan pulang setiap minggu, tetapi sementara menunggu tempoh waktu itu, kehilangannya pastinya akan mencengkam.
Jam tua di dinding ruang tamu berdenting. Satu per satu Mimi Atikah kira sehinggalah jam itu berbunyi sebelas kali. Mata Mimi Atikah belum terasa mengantuk. Walaupun sudah lama lampu bilik itu dimatikan, tetapi matanya masih belum mahu lelap. Telah beberapa kali dipejamkannya, tetapi sukar dilelapkan juga.
Maklumat Buku
Ke Mana Kan Kubawa Hati Ini
Penulis: M. Jasni Majed
Penerbit: Cerdik Publications Sdn Bhd, 2004
ISBN: 9789837016309
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM14.90
Harga Kini : RM10.00Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)
0 comments:
Post a Comment