Malaysian Second Hand Books Collection

Second Hand Books Online Store, Kedai Buku Terpakai Online

Malaysian Second Hand Books Collection

Second Hand Books Online Store, Kedai Buku Terpakai Online

Malaysian Second Hand Books Collection

Second Hand Books Online Store, Kedai Buku Terpakai Online

Malaysian Second Hand Books Collection

Second Hand Books Online Store, Kedai Buku Terpakai Online

Malaysian Second Hand Books Collection

Second Hand Books Online Store, Kedai Buku Terpakai Online

Wednesday, March 23, 2016

Puteri Cinta

Puteri Cinta
Puteri Cinta

SEMUSIM telah berlalu, Kristal terus berlari meninggalkan kenangan cinta yang tidak kesampaian. Walaupun kasihnya terhadap Farish sedalam lautan, dia tahu hanya perpisahan jalan terbaik buat mereka. Duka lara ini tidak mudah untuk diungkapkan, saat senyum dan tangis menyatu. Namun, Kristal tidak mahu berpaling ke belakang lagi.

Persahabatan yang dihulur Melur mengisi separuh kesepian Kristal. Mereka sering berkongsi cerita dan mencurah rasa. Persamaan jiwa wanita keduanya saling memahami. Biarpun sering dipandang sinis oleh segelintir teman dan keluarga, Kristal dan Melur bahagia dengan takdir yang tertulis buat mereka. Malah Kristal percaya bahawa jodoh pertemuan itu adalah rahsia Yang Maha Pencipta. Hanya DIA yang mengerti betapa berat usikan dan sindiran yang diterima lantaran usia yang semakin ditelan masa.

Menemukan keindahan warna-warna cinta sememangnya satu perjalanan yang jauh dan panjang. Semakin jauh Kristal berlari, semakin dekat rindu itu datang. Sehinggalah pada suatu pertemuan yang tidak diduga, cinta Farish kembali menggugah jiwanya.

Maklumat Buku
Puteri Cinta
Penulis: Kreisya Reisya
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd, 2010
ISBN: 9789831244784
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM17.00
Harga Kini : RM10.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Kasih Sedingin Salju

Kasih Sedingin Salju
Kasih Sedingin Salju

Siti Johana - Saat kasihku mulai tertumpah buatmu, aku belajar bagaimana nikmatnya airmata seorang perempuan yang dibiarkan buat lelaki yang dicintai. Cikgu Taufik, terima kasih kerana membimbingku ke jalan yang benar. Sesungguhnya Tuhan itu masih menyayangiku...

Irma Z - Andai laut itu tidak terduga dalamnya, begitu juga hatimu Helmi. Nanarnya aku mencari nilai cintamu, semudah itu juga kau tepis harga cinta yang mula berputik antara kita. Antara kau dan aku wajarkah terbina dinding pemisah?

Adibah - Zek ketahuilah olehmu, saat cincin tersarung di jari manisku, akulah insan yang merendam segala duka ke dasar jiwaku yang parah. Andai kau tahu derita yang bersarang di dadaku ini, rungkaikanlah segera agar kita bisa seiring menggapai sinar cita-cita...

Maklumat Buku
Kasih Sedingin Salju
Penulis: Amaruszati Noor Rahim
Penerbit: Diwangsa Publications & Distributors, 2005
ISBN 10: 983945949-X
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM19.90
Harga Kini : RM10.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Cinta Untuk Elyana

Cinta Untuk Elyana
Cinta Untuk Elyana

HIDUP Elyana sering dihimpit penderitaan tatkala berhadapan dengan insan bernama lelaki. Bapa tiri zalim yang cuba menodainya serta suami yang suka mendera, sering menghantui mimpinya.

Elyana berasa lega apabila Murad dipenjarakan atas kesalahan berat. Dia berjaya memohon cerai daripada mahkamah. Dan akhirnya, dia bebas...bebas daripada cengkamam lelaki yang tidak pernah menghargainya sebagai isteri.

Bekerja di sebuah hotel dapat mengisi kekosongan diri serta dapat menampung hidup bersama anak gadisnya, Nur Amira. Namun, dalam meniti kebebasan itu, Tan Sri Khalid hadir untuk mengisi ruang hati perempuannya.

Elyana takut pisang berbuah dua kali. Baginya, lelaki semuanya sama. Namun, tidak bagi Tan Sri Khalid. Dia yang kematian isteri benar-benar ikhlas mahu menjadikan Elyana suri di dalam hidupnya.

Elyana keliru membuat keputusan. Apa kata Nur Amira yang tidak tahu mengenai lamaran itu? Dapatkah dia menerima Tan Sri Khalid sebagai bapa tirinya sedangkan hidupnya bersama Murad dahulu, hidupnya turut tidak aman!

Maklumat Buku
Cinta Untuk Elyana
Penulis: Misya Darlina
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd, 2009
ISBN: 9789831244395
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM19.90
Harga Kini : RM10.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Kuserahkan Kasih

Kuserahkan Kasih
Kuserahkan Kasih

BERADA dalam pelukan suami, serasa dunia ini telah dimiliki. Itu yang dirasakan Jasmin sepanjang hidup bersama Farid. Namun, dunianya bergoncang dengan kehadiran Azura sebagai isteri kedua. Kerana sakit hati suami menduakan kasih, dia bertindak 'menundukkan' Farid supaya tidak lupa jalan pulang.

Tempias orang ketiga turut dirasai Intan Fariha, seorang wartawan majalah. Setiap hari dia melihat deraian air mata isteri-isteri yang dimadukan. Namun, dia sendiri terseksa kerana berkongsi kasih suami dengan dua wanita lain. Badai dan gelora yang melanda di hatinya hanya  dia yang tahu. Terbukti, kata-kata di hujung penanya tentang poligami tidak semudah yang dilakarkan. Manis pada insan lain, tapi tidak di pihaknya....

Sanggupkah Intan Fariha membiarkan dirinya terus terluka sedangkan kebahagiaan itu boleh dimiliki tanpa lelaki bernama suami? Keputusan di tangannya. Atau tunggu saja bila akhirnya ijab kabul yang terpateri berkecai dengan lafaz talak!

Maklumat Buku
Kuserahkan Kasih
Penulis: Fida Rohani
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd, 2009
ISBN: 9789831244753
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM17.00
Harga Kini : RM10.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabh/Sarawak)

KuUsir Lara Ini

KuUsir Lara Ini
KuUsir Lara Ini
TERKESAN dengan ranjau yang diharungi remaja di bumi bergolak, Baghdad dan Baitulmuqaddis, Nilam seorang jururawat pelatih mencari akar remaja bangsanya di sebuah hospital, Kuala Lumpur.

BERSAMA MUAZ TARIQ DAN SHUHAIBA, anak-anak mangsa perang dan rakan sepengajian di Universiti Ukhwah Antarabangsa membantu melunasi hutangnya pada negara-negara Islam yang dirundung malang, mencari dana membantu anak-anak mangsa perang dan mencari penyelesaian emosi dan memberi sokongan pada anak-anak mangsa pembangunan teknologi.

BERSAMA ABANG HAN yang penyayang dan MIRUL yang dinamik, anak-anak yang ditinggalkan ayah akhirnya menemui kehidupan yang berperibadi di bumi yang mewah dengan aman. Projek BUKAN DOSA BANGSAKU dijalankan untuk merawat penyakit anak-anak remaja di Kuala-Lumpur supaya berjaya merealisasikan impian berkat kekentalan semangat anak-anak yang cintakan sebuah negara sakinah dan berjaya mengharungi ranjau kehidupan.

KUUSIR LARA INI merakamkan pahit getir anak-anak remaja Islam dunia menghadapi golak dan olak dunia mencari jati diri yang lebih bermaruah. Akan terusirkah lara itu?

Maklumat Buku
KuUsir Lara Ini
Penulis: Aminah Mokhtar
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd, 2007
ISBN: 9789831243220
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM14.00
Harga Kini : RM10.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Belahan Jiwa

Belahan Jiwa
Belahan Jiwa

Mereka semua dicintai dan disayanginya. Namun takdir Tuhan, seorang demi seorang dijemput ilahi dengan alasan tersendiri. Bagi Anne, walau hatinya pedih dan luka, dia terpaksa menerima takdir yang bertandang. Ketika Alex datang mengetuk pintu hati, Anne tahu dia tidak sanggup lagi kehilangan. Cuma Anne tidak sedar... dugaan ada di mana sahaja. Dan sekali lagi... dia harus menghadapi cabaran akan kehilangan seorang lagi belahan jiwanya...

Maklumat Buku
Belahan Jiwa
Penulis: Zara Aluwi
Penerbit: NB Kara Sdn Bhd, 2008
ISBN: 9789834347390
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM14.90
Harga Kini : RM10.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Sunday, March 13, 2016

Ke Mana Kan Kubawa Hati Ini

Ke Mana Kan Kubawa Hati Ini
Ke Mana Kan Kubawa Hati Ini

Kata orang, berpisah dengan orang yang disayangi amat terasa kesannya. Paling jelas dirasai ialah kesepian. Kesepian terasa ada di mana-mana. Di luar, malah di dalam diri juga. Jiwa terasa hampa. Malah, apa sahaja yang dilakukan seperti tidak kena belaka.

Itulah yang Mimi Atikah rasakan sejak pagi tadi membawalah ke malam. Sejak dia dan Marsitah menghantar Syarifah Munawirah di simpang dengan sebuah beg sederhana besar dan sejak Syarifah Munawirah melambai tangan dari bas Syarikat PBK, kesepian terasa menyelubungi jiwa.

Dia dan Marsitah terasa satu kehilangan. Walaupun Syarifah Munawirah berjanji akan pulang setiap minggu, tetapi sementara menunggu tempoh waktu itu, kehilangannya pastinya akan mencengkam.

Jam tua di dinding ruang tamu berdenting. Satu per satu Mimi Atikah kira sehinggalah jam itu berbunyi sebelas kali. Mata Mimi Atikah belum terasa mengantuk. Walaupun sudah lama lampu bilik itu dimatikan, tetapi matanya masih belum mahu lelap. Telah beberapa kali dipejamkannya, tetapi sukar dilelapkan juga.

Maklumat Buku
Ke Mana Kan Kubawa Hati Ini
Penulis: M. Jasni Majed
Penerbit: Cerdik Publications Sdn Bhd, 2004
ISBN: 9789837016309
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM14.90
Harga Kini : RM10.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Hanya Untukmu Ain

Hanya Untukmu Ain
Hanya Untukmu Ain

Rindu itu adalah bunga-bunga pagi yang mewangi di taman hati kewanitaannya. Dia juga membawa resah tatkala mimpinya sedang bermula, begitulah yang terpaksa Ain lalui lewat hari-hari manisnya.

Dia mulai keliru mengenai remajanya, mengenai dewasanya dan mengenai kehadirannya. Dia menyisihkan keinginan Fadzli yang menagih persahabatan.

Ain terperangkap dengan keikhlasan Uncle Richard atas nama persaudaraan dengan mamanya.

Benarkah bahawa kesangsian itu menghalang kemesraan yang menjadi mimpi panjang Ain?

Maklumat Buku
Hanya Untukmu Ain
Penulis: Ruhana Md. Zaki
Penerbit: Diwangsa Publications & Distributors, 2003
ISBN 10: 9839459414
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM17.90
Harga Kini : RM10.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Aku Bukan Komprador

Aku Bukan Komprador
Aku Bukan Komprador
"Tanah Penuh Embun" karya Sakinah az-Zahara memberi inspirasi yang cukup besar buat Sakinah meneruskan hidupnya dalam kesedaran sejarah dan kesedaran kemanusiaan. Sakinah mengerti aib bangsa yang pernah dijajah Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris. Dia berusaha keras untuk menjadi ejen melawan takdir masa lampau. Dia tidak mahu mendewakan penjajah dan tidak mahu menjadi komprador dengan mengikut cara hidup mereka. Dia ingin menawan para penjajah zaman dahulu dengan caranya sendiri. Baginya, sejarah itu sekolah yang mendidik dan hospital yang merawat. Namun, dia juga dilanda ombak emosi dan cinta. Tiga jejaka mengimpikannya. Siapakah pilihannya? Dapatkah Sakinah menemui idolanya. Sakinah az-Zahara? Aku Bukan Komprador, bukan setakat imbauan sejarah. Ia  menawarkan pengalaman intelektual dan pengalaman seni yang menarik, di samping kisah cinta yang lembut dan mengasyikkan.


Maklumat Buku
Aku Bukan Komprador
Penulis: Aminah Mokhtar
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009
ISBN: 9789834603007
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM25.00
Harga Kini : RM15.00

Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Cinta Seindah Madah : Puteri Andalas

Cinta Seindah Madah : Puteri Andalas
Cinta Seindah Madah : Puteri Andalas

Sepi malam yang direntasi merangsang kesedihan dan rusuh di dalam hati. Dalam keadaan secemas ini, seharusnya Marhanielah yang patut berada di sisi untuk memberi kekuatan dan meredakan kebimbangan yang bersarang di dalam dadanya. Tetapi Marhanie entah di mana. Taliannya tidak dapat dihubungi. Janjinya kepada Intan Nurlisa juga tidak ditepati.

Jari-jemari Rashidi menekan digit radio di papan pemuka keretanya. Sengaja dilakukan untuk melegakan hatinya. Jalinan sentimental serunai dan tabuh daripada pasangan duet Mohram, melenggang rancak di telinganya.

Namun alunannya tidak berjaya memerangi perasaan yang mengganggu emosi. Perasaan takut itu masih menguasai diri. Takut kehilangannya. Reshidi berdoa agar Allah menyelamatkan nyawa anaknya.


Maklumat Buku
Cinta Seindah Madah
Penulis: Puteri Andalas
Penerbit: Kaki Novel Enterprise, 2008
ISBN: 9789675067044
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM24.00
Harga Kini : RM12.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Takdir Nor Aida

Takdir Nor Aida
Takdir Nor Aida

Nor Aida Shafie hanya mahu mencapai cita-citanya dan bekerjaya seperti impiannya. Mula-mula menimba pengalaman, nanti ada perniagaan sendiri, biar namanya tersohor sebagai ahli perniagaan berjaya. Dengan keluarga yang bahagia, mudahkah semua itu dilaluinya?

Namun emak penentu segala-galanya.

Aida juga kepingin mendapat cinta sejati. Tapi kata abangnya, Kamil, tiada siapa mahukannya kerana sikapnya yang garang dan suka berterus-terang. Siapa yang memahami Aida selain abangnya sendiri, dan itulah yang menjadi masalah cintanya.

Hidup bahagia bukan selama-lamanya. Siapa tidak terkejut jika berada di tempat Aida. Di usia 23 tahun, Aida diberitahu suatu rahsia. Tentang diri dan asal usulnya.

Maka tersekatlah Aida. Ada kewajiban, ada paksaan. Dia mesti menyelamatkan diri. MESTI!

Maklumat Buku
Takdir Nor Aida
Penulis: Kusyi Hirdan
Penerbit: Jendelaku Dot Com, 2007
ISBN: 9789834340704
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM20.00
Harga Kini : RM10.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Mahkota Jiwaku

Mahkota Jiwaku
Mahkota Jiwaku
Percintaan Shafiq dan Teh Saffiya terhalang dek permusuhan keluarga. Teh Saffiya mengambil keputusan menerima cinta Shamsul Bahrin. Malangnya Shamsul Bahrin gagal memperisterikan Teh Saffiya akibat perbuatan yang dirancang Shafiq. Nadiya telah menimbulkan kekecohan dan menuduh Shafiq merogol dirinya. 



Kemunculan semula Rizal mewarnai hidup Teh Saffiya yang dicintai dalam diam walaupun Shafiq sentiasa memburu cintanya itu. Berjayakah Shafiq kali ini? Atau Rizal pengganti dirinya?

Maklumat Buku
Mahkota Jiwaku
Penulis: Myzara Ab. Fatta
Penerbit: Grup Buku Karangkraf, 2011
ISBN: 9789670342030
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM22.90
Harga Kini : RM13.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Saturday, March 12, 2016

Gerimis Musim Rindu

Gerimis Musim Rindu
Gerimis Musim Rindu

MEMANDANG keliling stesen kereta api sebenarnya mengundang ketenangan dalam fikiran yang mulai berserabut dan bercabang dengan kerenah manusia dan hal-hal dalam diri apalagi dengan konflik cinta. Melihat lurah-lurah air di dada bukit yang berlumut dan bersambung apalagi gua-gua yang seakan mengepungi stesen sungguh meletakkan naskah damai dalam diri. Kedamaian dan ketenangan itu makin terasa bila beberapa kawan burung-burung kecil terbang rendah dan singgah di dada landasan kereta api yang bersinar terkena serpihan cahaya matahari pagi.

"Ada orang nak berkenalan dengan kau, Zir," kata Rosmadiana. Dia merenung bukit yang berbalam jauh. Bukit yang sambung bersambung itu sebenarnya ilustrasi Tuhan yang menuntut manusia supaya berfikir tentang kehebatannya.

"Berkenalan dengan aku?" Huzir tersenyum. Raga jualannya diletakkan di sisi. Seketika dia juga ikut merenung lurah-lurah di bukit yang berhampiran dengan stesen.

Maklumat Buku
Gerimis Musim Rindu
Penulis: Hashim Latiff
Penerbit: Allwrite Sdn Bhd, 2008
ISBN: 9789835144059
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM24.90
Harga Kini : RM15.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Setulus Kasih Sufia

Setulus Kasih Sufia
Setulus Kasih Sufia

Sufia menahan sendu di dalam hati. Sungguhkah rindunya sudah terburai dalam pertemuan yang tidak disangka dengan Syahmi tadi? Dia sendiri tidak memahami perasaaannya ketika itu. Namun, jika benar dia tiada apa-apa perasaan terhadap Syahmi, mengapa kelakuannya sebegitu sekali? Mengapa dia harus gugup, berdebar, dan kaku bisu di depan pemuda itu?

Setulus Kasih Sufia mewakili semua wanita di dunia ini yang ingin mencintai dan dicintai dengan tulus. Cerita Sufia adalah cerita kita semua, kaum Hawa yang bergelut dengan pelbagai cabaran dan pengorbanan hidup. Tujuannya hanya satu - mencapai abadi dan cinta yang hakiki.

Mampukah seorang wanita yang mandiri menghadapi liku-liku hidup seperti itu? Bagaimanakah dia mencari penyelesaian terhadap semua masalah yang terbentang di depan mata? Novel ini bukan sekadar mengalun kata-kata indah tetapi memaparkan khazanah ilmu sebagai bingkisan istimewa buat pembaca budiman.

Maklumat Buku
Setulus Kasih Sufia
Penulis: Faizah Faiz
Penerbit: Allwrite Sdn Bhd, 2008
ISBN: 9789832414957
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM23.90
Harga Kini : RM14.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Megalomania 3: Fatinilam Sari Ahmad

Megalomania 3: Fatinilam Sari Ahmad
Megalomania 3: Fatinilam Sari Ahmad

Telah aku tinggalkan memori bersamamu. Memori indah yang tidak akan berulang kesekian kalinya. Walaupun dibelit duka, diselit sembilu aku harus teruskan hidup bersama dia. Cukuplah sampai di sini rindu ini. Namun, cahaya yang diharap apabila bersamanya hanyalah suram bak malam tanpa bintang. Aku tidak bererti baginya, Abang Farhan....Jika kau menderita di sana, aku cukup tersiksa di sini. Diseksa zahir dan batin tanpa belas oleh dia kerana dendam yang tiada berkesudahan. Siapakah yang bersalah? Aku yang terpaksa memilihnya atau takdir yang memisahkan kita, Abang Farhan? Sampai bilakah penderitaan ini akan berakhir?

Maklumat Buku
Megalomania 3
Penulis: Fatinilam Sari Ahmad
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd, 2009
ISBN: 9789838939300
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM21.90
Harga Kini : RM12.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Sebutlah Namaku

SEBUTLAH NAMAKU
SEBUTLAH NAMAKU
AMEELISA sedar betapa cinta hanya akan bermakna jika dua jiwa bersatu. Dan cinta lebih bermakna jika penyatuan itu disertai restu. Namun dia ragu-ragu, cinta siapa yang mampu menakluki hatinya.



Hairul - Romantisnya...Cinta lelaki ini membuai-buai kasih Ameelisa. Hingga rindulah yang menghiasi jiwanya. Tetapi ada insan lain mengharap cinta Hairul.

Tajul - Ngeri apabila memikirkan lelaki inilah yang pernah meragut Ameelisa. Takdir menemukan mereka kembali dalam situasi berbeza. Terlalu baik hingga lebur kenangan pahit semalam.

Johari - Pintu cinta yang dulu tertutup, kini terbuka untuk Ameelisa. Duda berputera dua ini mahu mengulangi cinta yang pernah kecundang. Dia yakin Ameelisa tidak akan mengecewakannya.

Pelik... wajah Tajul membayangi Ameelisa di setiap langkah. Bercinta dengan peragut? Dia bingung sendiri. Dan ketahuilah, apa yang kita tahu sebenarnya bukan itu yang terjadi.


Sesungguhnya, cinta... sebuah perasaan yang tulus menyayangi sepenuh hati. Persis melodi indah, mendayukan hati. Tetapi, mengapa sukar memahami cinta? Sukar sangatkah?
Maklumat Buku
Sebutlah Namaku
Penulis: Murni Aqila
Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad, 2008
ISBN: 9789831243626
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM18.00
Harga Kini : RM10.00

Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Jangan Ada Dusta

JANGAN ADA DUSTA
JANGAN ADA DUSTA
KADANG-KADANG kita bukannya takut untuk jatuh cinta. Tetapi natijah daripada jatuh cinta itu tidak diketahui buruk baiknya, hinggalah segala rahsia terbentang di depan mata. Memang benarlah cinta itu perjudian; perjudian yang bukan sahaja kesudahannya kalah atau menang malah lebih tragis daripada itu. 

Sharifah Ezreen menyintai Adi Putera, tetapi lelaki itu tidak boleh digantungkan harapan untuk dijadikan suami. Takdir tiba. Wajarkah dia mengendong dosa semata-mata hendak menjadikan cinta itu suatu realiti? Rasa cinta yang subur itu mesti dimatikan tiba-tiba. Segala denyut kasih dan sayang itu mesti dibunuh segera. Mesti! 

Melissa Laila pula menyintai abang tirinya sendiri, Adi Fitri. Tetapi di masa yang sama dia juga menyintai Budi Djauhari, anak muda kelahiran kota Jakarta. Bagi Budi Djauhari pula, di mana akan dia letakkan perasaan cinta Lydia Susanti Hartomo terhadapnya? Mestikah dia menjadi petualang dalam episod cinta tiga segi itu? 

Datin Saerah yang dulunya `si kucing Parsi' sudah bertahun-tahun menjadi wanita yang sedar diri, tahu maruah, tahu dosa dan pahala. Namun dugaan yang datang dalam hidupnya bagaikan tidak mahu surut. Narimah adalah duri yang mencucuk-cucuk dagingnya. Dia tidak mahu kalah! Dan Datuk Syed Syamim masih lagi mampu tersenyum!


Maklumat Buku
Jangan Ada Dusta
Penulis: Sri Diah
Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad, 2004
ISBN: 9789831241493
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM19.90
Harga Kini : RM10.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Menjemput Ida: Himpunan 21 Cerpen Kusyi Hirdan

Menjemput Ida: Himpunan 21 Cerpen Kusyi Hirdan
Menjemput Ida: Himpunan 21 Cerpen Kusyi Hirdan

Menjemput Ida merupakan salah satu daripada koleksi cerpen-cerpen yang ditulis oleh Kusyi Hirdan. KUSYI HIRDAN berasal dari Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Beliau menulis cerpen dan puisi bermula pada usianya 12 tahun lagi. Kemudian menyumbang berita pendek, sekadar peristiwa yang berlaku sekitar kampung dan pekannya, ke siaran radio kawasan utara.

Kegiatann suka-suka itu akhirnya membuahkan minat yang lebih mendalam. Langkahnya lebih berani apabila cerpen pertamanya tersiar di majalah. Cerpen-cerpennya mula mendapat tempat di Majalah Nona, Jelita, Perempuan, Citra, Wanita dan Seri Dewi & Keluarga.

Tajuk-tajuk cerpen lain yang terdapat dalam buku ini adalah;

  1. Perjalanan Terakhir
  2. Zuriat
  3. Cinta Sejati
  4. Semurni Janji
  5. Seindah Mimpi
  6. Kalau Aku Pulang....
  7. Oh! Laili!
  8. Pasrah
  9. Tidak'kan Berhijrah
  10. Airmata Kakak
  11. Kehilangan
  12. Airmataku Jatuh Jua
  13. Itulah Suratannya
  14. Ramadan Terakhir
  15. Anakku Intan
  16. Kuingin Memegang Tanganmu
  17. Impianku, Impianmu
  18. Nasib Salmiah
  19. Menadah Mendung
  20. Menjemput Ida
  21. Belum Terlambat
Maklumat Buku
Menjemput Ida : Himpunan 21 Cerpen
Penulis: Kusyi Hirdan
Penerbit: Jendelaku Dot Com, 2008
ISBN: 9789834340728
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM20.00
Harga Kini : RM10.00

Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

The Missing Piece 2: Fatimah Busu

The Missing Piece 2: Fatimah Busu
The Missing Piece 2: Fatimah Busu
The Missing Piece lebih fokus kepada satu pencarian wanita terhadap naskah hidupnya yang hilang menyebabkan kehidupannya tidak lengkap dan kembali dengan survival untuk bangkit dengan mengeksploitasi kualiti dirinya yang terpendam sebelum sebelum itu.

Imrah berjaya hasil dorongan dirinya dan sentiasa berlumba untuk mendapatkan bahagian yang tidak lengkap agar dapat memberi kesan bermakna dalam kehidupannya. Kitaran kesempurnaan seorang wanita dalam ruang yang tidak mengira sempadan telah menghasilkan idealisme yang berkesan.

The Missing Piece mengangkat budaya Melayu yang indah. Watak Imrah yang digambarkan berkahwin dengan Lawrence Woorerd dan kemudian dengan Charlie, selepas Lawrance meninggal dunia, membuka peluang kepada pengarang mengetengahkan perbincangan mengenai budaya Melayu dan agama Islam.

Dalam konteks hari ini, The Missing Piece 1 dan The Missing Piece 2 adalah jawapan kepada tanggapan negatif terhadap Islam yang sering dikaitkan dengan keganasan.

Maklumat Buku
The Missing Piece: Bahagian 2
Penulis: Fatimah Busu
Penerbit: Citra Kurnia Enterprise, 2008
ISBN: 9789834146993
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM60.00
Harga Kini : RM20.00

Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Thursday, March 10, 2016

The Missing Piece 1: Fatimah Busu

The Missing Piece 1 ; Fatimah Busu
The Missing Piece 1 ; Fatimah Busu
The Missing Piece secara mutlaknya dalam bahasa Melayu, hanya judulnya sahaja dalam bahasa Inggeris, yang dipetik daripada novel karya Kamala Markandaya, Nectar In Seive (1995).
I picked up the fragments of my life and put them together, all but the missing piece," (halaman 89)

Sinopsis;

Waktu ini matahari sudah naik tersembul di permukaan laut dengan warna merah menyala-nyala bulat seperti sebuah bola api yang maha besar. Dan persekitaran laut di bawahnya menjadi kemerahan berkelip-kelip. Bersemarak di dalam riak yang perlahan-lahan, Aku pandang pada muka Charlie. Wajahnya kekuningan oleh sinar matahari.  Charlie seperti tidak mengindahkan pandanganku dan seperti memusatkan perhatiannya kepada matahari yang naik dengan sangat perlahan menjauh dari permukaan laut. Dia seperti sengaja membiarkan aku memandang wajahnya.

Aku terus juga memerhati wajah Charlie dari samping. Aku tahu yang dia dapat rasakan aku sedang memerhati wajahnya. Dan aku tahu juga yang dia pura-pura tidak menyedari akan tenungan mataku. Aku tahu juga yang dia sedar bahawa aku sedang menganalisis, sedang membaca isyarat yang diberikannya. Dan aku tahu bahawa Charlie sengaja membiarkan aku membuat penganalisisan akan isyarat itu. Bahawa isteri orang yang dicintainya itu adalah diriku sendiri. Bahawa perempuan yang cuba dilupakannya itu ialah diriku sendiri. Bahawa perempuan yang sedang menggoda hidupnya sekarang adalah diriku sendiri! Perempuan itu sebenarnya diriku! Benarkah perempuan itu diriku sendiri? Kalau benar perempuan itu diriku sendiri, mengapa dia mesti datang ke sini dan menerima jemputanku semata-mata untuk menyakiti dan mendera hatinya sendiri? Mengapa? Apakah Charlie benar-benar memberikan isyarat yang tegas kepadaku?

Maklumat Buku
The Missing Piece 1
Penulis: Fatimah Busu
Penerbit: Citra Kurnia Enterprise, 2008
ISBN: 9789834146979
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM60.00
Harga Kini : RM20.00

Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Monday, March 7, 2016

Aku Yang Terluka

Aku Yang Terluka
Aku Yang Terluka

Dan kebencian itu terus menghambat diriku ke mana-mana sahaja sehingga menjadikan aku insan yang takut untuk mengenal erti jatuh cinta. Aduhai… sesungguhnya aku adalah seorang yang begitu bodoh untuk memahami dan menghargai setiap pengorbanan dan detik yang indah sehingga keindahan itu telah hilang semuanya. Tetapi percayalah… diri ini memang pernah jatuh cinta. Tetapi dengan siapa? Dengan Syahbani yang mengajar tentang keindahan cinta monyet di alam persekolahan ataupun dengan Idham yang mengajar erti pengorbanan sahabat sejati. Dan cinta? Adakah benar cinta itu bermula dari persahabatan.

Maklumat Buku
Aku Yang Terluka
Penulis: Wannie Nordin
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd, 2009
ISBN: 978-983-893-929-4
Kondisi Buku : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: RM39.90
Harga Kini : RM20.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Misteri Dania

Misteri Dania
Misteri Dania
Tiba-tiba satu lembaga putih kelihatan melayang-layang di udara. Masri yang terperanjat melihat fenomena aneh tersebut bangun dan mengikut lembaga itu. Dia melihat lembaga itu terbang ke arah surau dan kemudian ke pohon beringin yang tumbuh gagah di belakang surau. Masri mengucap dan beristighfar. Matanya melilau memandang kawasan sekitar. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi.

Iman juga tidak muncul. Dia kemudian terfikir mungkin Iman ingin mengenakannya kerana menempelak gadis itu tentang ceritanya yang dikejar hantu. Masri tersenyum kerana terasa bodoh pula dipermainkan oleh seorang pelajar. Dia bangkit dan melangkah menuju ke tempat motosikalnya diletakkan. Dia tersenyum pada pengawal itu yang berdiri berhampiran motosikalnya.

Maklumat Buku
Misteri Dania
Penulis: Haizal Najwa
Penerbit : ZIS Services, 2008
Produk ISBN: 9789834092658
Kondisi Produk : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: MYR18.90
Harga Kini : MYR10.00

Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Lagenda Budak Setan (Saga 1): Ahadiat Akashah

Lagenda Budak Setan (Saga 1)
Lagenda Budak Setan (Saga 1)

Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. Adakah senyuman yang tercipta atau air mata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya... Kasyah & Ayu-Azmi & Ayu-Kasyah, Ayu & Katerina Lebih satu dekat Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang... dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja.. demi sumpahnya mencintai Ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikannya pada dunia...cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?


Maklumat Buku
Lagenda Budak Setan (Saga 1) 
Penulis: Ahadiat Akashah
Penerbit : Roket Kertas Sdn Bhd
Produk ISBN: 97898336642168
Kondisi Produk : Sangat Baik Seperti Baru
Harga Asal: MYR24.90
Harga Kini : MYR12.00
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)

Sunday, March 6, 2016

Still Bleeding:Life Is Priceless, Death Is Worth Even More

Still Bleeding:Life Is Priceless, Death Is Worth Even More
Still Bleeding:Life Is Priceless, Death Is Worth Even More

Sarah Pepper is dead: killed by her boyfriend in a drunken rage. He's confessed, but can't remember what happened afterwards, only that he went for a long drive to dump her body. The police appeal to the public for help finding Sarah's remains. They're looking for a field with a wooden gate, an empty bottle of vodka by the roadside. She will be partly concealed beneath a hedge...Shocked by the news, Alex Connor travels halfway round the world. He's coming home determined to say goodbye to Sarah, the friend who helped him through his darkest days. When he arrives, however, he finds only a mystery. The field has been located, but using the information provided by the police, someone else has got there first. Sarah's body has been taken. On the other side of the country, a killer is preying on young women. When a girl called Rebecca Wingate vanishes, Detective Paul Kearney knows they only have a week to find her - before her body turns up, drained slowly and completely of blood. Kearney seemingly gets a break when a man is caught and confesses - but Rebecca 's body isn't where it should be...In their hunt to find the living and the dead, Kearney and Alex are drawn together into a sinister world of death fetish and 'murderabilia', where relics and mementos of killers are traded, and life is only the first thing a victim will lose.

Product Details
Still Bleeding:Life Is Priceless, Death Is Worth Even More
Author : Steve Mosby
Binding: Hard Cover
Publisher: The Orion Books, 2009
ISBN-13: 9781409101086
Book Condition: Used Book-Fair/Acceptable
UK Price: £18.99
Used Price: MYR20.00 

Courier Charges : MYR10.00 (Peninsular Malaysia) MYR14.50 (Sabah/Sarawak)

Nothing Lasts Forever : Maureen Lee

Nothing Lasts Forever : Maureen Lee
Nothing Lasts Forever : Maureen Lee

Brodie Logan's idyllic life with her once-loving husband, Colin, seems to have come to an end. So when she lets out the big house in Liverpool with its enchanting garden where she grew up, she decides to leave Colin and share the house with the other women who have come to live there. First, there is twenty-five year old Diana, so innocent and childlike, yet terribly practical having raised her three younger brothers to be fine young men. But Diana suddenly finds there is no place for her in the only home she has ever known. Then there is Vanessa, once a successful career woman, now miserable and overweight, who still can't get over the shock of an unexpected rejection. And finally, Rachel, barely fifteen, with her baby daughter, Poppy, who some people seem determined to take away from her. As they while away the brilliant summer under the trees in the lovely garden of the big house, friendships form that will last a lifetime. But it isn't all a bed of roses; bad things happen too - after all, nothing lasts forever. This enchanting, contemporary novel's warmth and quiet mystery shows once again that Maureen Lee is an exceptional storyteller.

Product Details
Nothing Lasts Forever : Maureen Lee
Author : Maureen Lee
Binding: Hard Cover
Publisher: Orion Books, 2009
ISBN-13: 9780752876658
Book Condition: Used Book-Good
UK Price: £12.99
Used Price : MYR20.00

Courier Charges : MYR10.00 (Peninsular of Malaysia) MYR14.50 (Sabah/Sarawak)

Crossing The Line

Crossing The Line
Crossing The Line

Nick Geddes's life is a mess. His sister's boyfriend was killed in a school stabbing. His grandmother is decending into a world of her own, his mother has a 'god-slot' on local radio, and his father is drinking way too much. But that is nothing, because he is also crazy in love with Orla, the sister of the boy who has been killed, and she blames Nick! How can Nick make sense of this chaos, and look after his sister, and hopefully get lucky with Orla?

Product Details
Crossing The Line
Author : Gillian Philip
Binding: Paperback
Publisher: Bloomsburry Publishing, 2009
ISBN-13: 9780747599937
Book Condition: Used Book-Good
UK Price: £6.99
Used Price: MYR10.00

Courier Charges : MYR10.00 (Peninsular of Malaysia) RM14.50 (Sabah/Sarawak)