Malaysian Second Hand Books Collection

Second Hand Books Online Store, Kedai Buku Terpakai Online

Wednesday, March 23, 2016

Puteri Cinta

Puteri Cinta SEMUSIM telah berlalu, Kristal terus berlari meninggalkan kenangan cinta yang tidak kesampaian. Walaupun kasihnya terhadap Farish sedalam lautan, dia tahu hanya perpisahan jalan terbaik buat mereka. Duka lara ini tidak mudah untuk diungkapkan, saat senyum dan tangis menyatu. Namun, Kristal tidak mahu berpaling ke belakang lagi. Persahabatan yang dihulur Melur mengisi separuh kesepian Kristal. Mereka sering berkongsi cerita...

Kasih Sedingin Salju

Kasih Sedingin Salju Siti Johana - Saat kasihku mulai tertumpah buatmu, aku belajar bagaimana nikmatnya airmata seorang perempuan yang dibiarkan buat lelaki yang dicintai. Cikgu Taufik, terima kasih kerana membimbingku ke jalan yang benar. Sesungguhnya Tuhan itu masih menyayangiku... Irma Z - Andai laut itu tidak terduga dalamnya, begitu juga hatimu Helmi. Nanarnya aku mencari nilai cintamu, semudah itu juga kau tepis harga cinta yang mula...

Cinta Untuk Elyana

Cinta Untuk Elyana HIDUP Elyana sering dihimpit penderitaan tatkala berhadapan dengan insan bernama lelaki. Bapa tiri zalim yang cuba menodainya serta suami yang suka mendera, sering menghantui mimpinya. Elyana berasa lega apabila Murad dipenjarakan atas kesalahan berat. Dia berjaya memohon cerai daripada mahkamah. Dan akhirnya, dia bebas...bebas daripada cengkamam lelaki yang tidak pernah menghargainya sebagai isteri. Bekerja di sebuah...

Kuserahkan Kasih

Kuserahkan Kasih BERADA dalam pelukan suami, serasa dunia ini telah dimiliki. Itu yang dirasakan Jasmin sepanjang hidup bersama Farid. Namun, dunianya bergoncang dengan kehadiran Azura sebagai isteri kedua. Kerana sakit hati suami menduakan kasih, dia bertindak 'menundukkan' Farid supaya tidak lupa jalan pulang. Tempias orang ketiga turut dirasai Intan Fariha, seorang wartawan majalah. Setiap hari dia melihat deraian air mata isteri-isteri...

KuUsir Lara Ini

KuUsir Lara Ini TERKESAN dengan ranjau yang diharungi remaja di bumi bergolak, Baghdad dan Baitulmuqaddis, Nilam seorang jururawat pelatih mencari akar remaja bangsanya di sebuah hospital, Kuala Lumpur. BERSAMA MUAZ TARIQ DAN SHUHAIBA, anak-anak mangsa perang dan rakan sepengajian di Universiti Ukhwah Antarabangsa membantu melunasi hutangnya pada negara-negara Islam yang dirundung malang, mencari dana membantu anak-anak mangsa perang dan mencari...

Belahan Jiwa

Belahan Jiwa Mereka semua dicintai dan disayanginya. Namun takdir Tuhan, seorang demi seorang dijemput ilahi dengan alasan tersendiri. Bagi Anne, walau hatinya pedih dan luka, dia terpaksa menerima takdir yang bertandang. Ketika Alex datang mengetuk pintu hati, Anne tahu dia tidak sanggup lagi kehilangan. Cuma Anne tidak sedar... dugaan ada di mana sahaja. Dan sekali lagi... dia harus menghadapi cabaran akan kehilangan seorang lagi belahan...

Sunday, March 13, 2016

Ke Mana Kan Kubawa Hati Ini

Ke Mana Kan Kubawa Hati Ini Kata orang, berpisah dengan orang yang disayangi amat terasa kesannya. Paling jelas dirasai ialah kesepian. Kesepian terasa ada di mana-mana. Di luar, malah di dalam diri juga. Jiwa terasa hampa. Malah, apa sahaja yang dilakukan seperti tidak kena belaka. Itulah yang Mimi Atikah rasakan sejak pagi tadi membawalah ke malam. Sejak dia dan Marsitah menghantar Syarifah Munawirah di simpang dengan sebuah beg sederhana...

Hanya Untukmu Ain

Hanya Untukmu Ain Rindu itu adalah bunga-bunga pagi yang mewangi di taman hati kewanitaannya. Dia juga membawa resah tatkala mimpinya sedang bermula, begitulah yang terpaksa Ain lalui lewat hari-hari manisnya. Dia mulai keliru mengenai remajanya, mengenai dewasanya dan mengenai kehadirannya. Dia menyisihkan keinginan Fadzli yang menagih persahabatan. Ain terperangkap dengan keikhlasan Uncle Richard atas nama persaudaraan dengan mamanya. Benarkah...

Aku Bukan Komprador

Aku Bukan Komprador "Tanah Penuh Embun" karya Sakinah az-Zahara memberi inspirasi yang cukup besar buat Sakinah meneruskan hidupnya dalam kesedaran sejarah dan kesedaran kemanusiaan. Sakinah mengerti aib bangsa yang pernah dijajah Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris. Dia berusaha keras untuk menjadi ejen melawan takdir masa lampau. Dia tidak mahu mendewakan penjajah dan tidak mahu menjadi komprador dengan mengikut cara hidup mereka. Dia...

Cinta Seindah Madah : Puteri Andalas

Cinta Seindah Madah : Puteri Andalas Sepi malam yang direntasi merangsang kesedihan dan rusuh di dalam hati. Dalam keadaan secemas ini, seharusnya Marhanielah yang patut berada di sisi untuk memberi kekuatan dan meredakan kebimbangan yang bersarang di dalam dadanya. Tetapi Marhanie entah di mana. Taliannya tidak dapat dihubungi. Janjinya kepada Intan Nurlisa juga tidak ditepati. Jari-jemari Rashidi menekan digit radio di papan pemuka keretanya....